Sunday, 26 April 2015

KEBUDAYAAN NEGERI JOHOR

Masakan tempatan Johor

Banyak makanan yang boleh dapati di Johor. Antaranya ialah ;-

Lontong
(ketupat yang dipotong 4 segi dicampur dengan sayuran bersama santan),





Otak-otak
 (Isi ikan campur dengan santan kelapa dan digaul dengan lada, bawang, halia, udang kering dan bahannya yang dibungkus dengan daun pisang atau kelapa dan dibakar ataupun dikukus. ) dan sebagainya.



Laksa Johor ; 
Makanan yang berasal dari Johor. Ianya berbeza dari laksa penang kerana menggunakan santan kelapa untuk kuahnya.






Mi bandung ~ 
Masakan yang berasal dari negeri Johor dan amat terkenal di Muar. Perkataan ‘bandung’ tidak berasal dari Bandung,  Indonesia tetapi membawa maksud pelbagai bahan-bahan yang disatukan dari pelbagai rencah.



Sate ~ 
Makanan kegemaran yang buakan lagi menjadi kegemaran warga Johor malah Malaysia. Daging lembu atau ayam berempah (kini dengan pelbagai jenis daging seperti rusa dan kambing) yang di bakar ini,  boleh diperolehi di dalam mana-mana sahaja sekitar Johor.





No comments:

Post a Comment