Sunday 19 April 2015





Bendera Johor




Nama rasminya iaitu "Darul Ta'zim" berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud "tempat perlindungan yang bermaruah".
Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadan dengan negeri Negeri Sembilan, Melaka dan PAhang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian baat. Johor merupakan negeri ke-5 terbesar dalam negara Malaysia dan negeri ke-3 terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain itu, negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeri Selangor dan negeri ke-7 terpadat di dalam negara.Ibu Negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di Selatan negeri ini.Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Batu Pahat, Muar dan juga Kluang. 


Bandar-bandar utama di Johor termasuklah:

Johor Bahru (ibu negeri) - bandaraya kedua terbesar di Malaysia; dan terbesar di Johor
Batu Pahat - bandar kedua terbesar di Johor (menunggu kelulusan kerajaan persekutuan untuk dinaik taraf menjadi bandaraya)
Kluang  - bandar ketiga terbesar di Johor
Muar
Kulai
Pasir Gudang
Skudai
Nusajaya
Kota Tinggi
Pontian
Segamat
Tangkak
Yong Peng
Mersing
Simpang Renggam



Daerah Johor

No comments:

Post a Comment