Johor Darul Ta'zim FC atau Kelab Bola Sepak Darul Takzim dan Darul Ta'zim FC yang dahulunya dikenali sebagai Johor FC atau Kelab Bola Sepak Johor merupakan salah sebuah kelab bola sepak yang terdapat di Malaysia. Kelab ini kini berada dalam Liga Super, iaitu liga tahap pertama dalam Liga Malaysia. Bermula musim 2013, pasukan ini dikenali sebagai Johor.
PKENJ FC 1972-1996
Johor FC 1996-2012
Darul Takzim FC 2013
Johor Darul Takzim FC 2014-kini
STADIUM
Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos atau juga dikenali sebagai Stadium Larkin, ialah sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Larkin, Johor Bahru, Malaysia. Stadium yang mula dibina pada 1964 mampu menampung kapasiti 15,000 orang sebelum diubahsuai pada 1991 menjadi kapasiti 30,000 orang penonton. Ia dinamakan sempena mengenang jasa bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos.Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos memiliki keupayaan 30,000 penonton dengan 8,000 tempat duduk.
PENYOKONG
Boys Of Straits (B.O.S.)
Pada awalnya Johor FC mempunyai penyokong dan peminatnya tersendiri yang rata-rata terdiri dari kalangan anak jati Johor. Kemudianya setelah Johor FC bermain di Liga Perdana dan Liga FAM dan ditambah dengan kemerosotan bola sepak Malaysia, peminat mula tidak mahu menyokong pasukan sendiri.
Bermula era baru penamaan Johor Darul Takzim FC yang diterajui oleh Tengku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan dinaikkan ke Liga Super, peminat sudah mula menyokong dan membanjiri stadium setiap kali perlawanan yang diadakan. Penyokong ekstrim yang menggelarkan diri mereka sebagai Boys Of Straits (B.O.S.) mula mengorak langkah dan membawa gerakan Ultras disetiap perlawanan melibatkan pasukan Johor Darul Takzim FC.
Suasana organisasi ini begitu profesional ketika menghadiri perlawanan sama ada ditempat sendiri mahupun ditempat lawan.
Penyokong BOS menyokong perlawanan JOHOR.
Senarai Sultan
BilNamaTempoh
1.Sultan Mahmud Shah1511 - 1528
2.Sultan Alaudin Riayat Shah II (Raja Ali)1528 - 1564
3.Sultan Muzaffar Shah II1564 - 1570
4.Sultan Abdul Jalil Shah I1570 - 1571
5.Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II1571 - 1597
6.Sultan Alauddin Riayat Shah III1597 - 1615
7.Sultan Abdullah Ma'ayat Shah1615 - 1623
8.Sultan Abdul Jalil Shah III1623 - 1677
9.Sultan Ibrahim Shah1677 - 1685
10.Sultan Mahmud Shah II1685 - 1699
11.Sultan Abdul Jalil IV1699 -1720
12.Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah1718 - 1722
13.Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah1722 - 1760
14.Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah1760 - 1761
15.Sultan Ahmad Riayat Shah1761 - 1812
16.Sultan Mahmud Shah III1761 - 1812
17.Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah1812 - 1819
18.Sultan Hussain Shah (Tengku Long)1819 - 1835
19.Sultan Ali (Tengku Ali)1835 - 1877
20.Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim1855 - 1862
21.Sultan Abu Bakar1862 - 1895
22.Sultan Ibrahim1895 - 1959
23.Sultan Ismail1959 - 1981
24.Sultan Iskandar1981 - 2010
25.Sultan Ibrahim2010 - sekarang
TEMPAT TEMPAT PELANCONGAN MENARIK DI JOHOR BAHRU Desaru
pantai-pantai dan padang golf di pantai Laut China Selatan;
Johor Bahru
sebuah daerah diraja yang mempunyai banyak kompleks membeli-belah dan pasar malam;
c)Kota Tinggi
mempunyai air terjun yang tingginya 34 meter.
Kukup
sebuah kampung perikanan dengan restoran-restoran makanan laut yang dibina diatas laut;
Muar
sebuah bandar yang cantik di tebing sungai;
Tanjung Piai
merupakan hujung yang paling selatan di benua Asia.
Zoo Johor
Zoo Johor Bahru merupakan salah sebuah zoo yang tertua di Malaysia . Ianya telah dibina dalam tahun 1928 sewaktu pemerintahan Sultan Sir Ibrahim. Dalam tahun 1960an, zoo ini diserahkan kepada kerajaan negeri untuk kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan. Kemudian, ianya dibuka untuk orang ramai pada tahun 1962.Terdapat kira 100 spesies haiwan di dalam kawasan yang seluas 5 hektar ini. Selain melihat spesies haiwan, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti seperti menaiki kuda dan paddle boat .
Legoland Malaysia Theme Park
Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15
September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asiasemenjak penubuhannya. Pembukaan rasmi taman tema ini dilancarkan oleh Sultan Ibrahim Ismail pada 22 September 2012. Ia akan menjadi teras kepada kompleks yang bersepadu yang berukuran 5,500,000 kaki persegi (510,000 m2). Kawasan ini juga merupakan taman industri Nusa Cemerlang yang terletak dalam Iskandar Malaysia iaitu sebuah kawasan ekonomi yang terdiri daripada pusat gaya hidup seperti peruncitan, pejabat, hotel, perkhidmatan pangsapuri dan unit kediaman.
Monday, 27 April 2015
Pakaian Tradisional
Baju Belah Kebaya Panjang
Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau. Pola baju belah panjang ini masih bersifat ‘mengurungkan’ anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ianya berbelah dan berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai ‘baju panjang’ dan ‘kebaya panjang’. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang di tutup dengan kancing atau kerongsang tiga.
Baju Melayu Cekak Musang
Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’ tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri [2.5 cm] melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran [bulat] yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.
Baju Teluk Belanga
Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga di sebut selengkapnya ‘Baju Melayu
Teluk Belanga merupakan pakaian adat tertinggi dalam susunan adat Melayu Kepulauan Riau. Baju ini memiliki motif polos, biasanya berwarna tidak terlalu mencolok, meskipun terkadang berwarna kuat seperti merah atau biru tetapi tetap terlihat teduh. Warna yang dipilih biasanya senada dengan celana yang dipakai.
Di antara baju dan celana panjang yang sewarna, dikenakan kain sarung yang diikat biasa setinggi lutut. Terkadang kain sarung difungsikan seperti semacam selendang.
Pada bagian kepala awalnya kaum lelaki Melayu Kepulauan Riau mengenakan ikat kepala yang terbuat dari kain persegi empat yang diikat sedemikian rupa, ikat kepala tersebut disebut tanjak. Tanjak biasanya terbuat dari kain songket.
Penggunaan tanjak pada masa ini hanya dipakai ketika menghadiri acara-acara resmi seperti kenduri pernikahan atau acara adat lainnya. Untuk pemakaian sehari-sehari, kaum lelaki lebih memilih menggunakan songkok atau peci sebagai penutup kepala.
Awalnya Teluk Belanga maupun Kebaya Labuh merupakan identitas muslim Melayu, tetapi sekarang pemakai kedua pakaian tersebut tidak terbatas pada masyarakat Melayu muslim saja.
Baju Riau
Baju ini baju berbelah di hadapan seakan-akan kebaya pendek. Baju Riau di sebut juga pakaian ‘Engku Puteri atau Raja Hamidah’ puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipertuan Muda Riau yang kelima dari keturunan Bugis
Baju Kurung
Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.
Sunday, 26 April 2015
Tarian Tradisional Negeri Johor
Tarian Zapin
Video Tarian Zapin
Salah satu bentuk tarian pergaulan masyarakat Melayu yang masih utuh dan popular dewasa ini ialah tari zapin. Di Johor zapin yang dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Pada realiti kedua-duanya genre zapin itu berasal dari satu keseniaan masyarakat Arab yang di bawa Hadramaut. Keunikan tradisi Zapin Melayu terletak bukan sahaja pada kesatuan muzik dan peralatannya yang dipengaruhi oleh keseniaan Arab bahkan juga pada sifat segretasi penari dan penonton. Dalam konteks inilah keunikan tarian zapin begitu terserlah terutamanya pada ciri penghubungannya dengan keseniaan Islam yang dibawa oleh orang-orang Arab. Di Johor Tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam yang berfungsi sebagai hiburan sama ada pada acara-acara sekular mahupun acara sambutan hari-hari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun ianya lahir dari adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.
Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan di kalangan mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha individu disamping meminggirkan persaingan antara pemain-pemain dalam kumpulan mahupun antara kumpulan, Ditinjau dari perspektif inilah, keunikan dan keistimewaan tarian Zapin Johor terserlah.
Tarian kuda kepang
Kuda kepang merupakan satu permainan tradisi yang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya yang berketurunan Jawa. Kuda kepang berupa satu patung anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang dicorakwarnakan untuk menjadi lebih menarik.
Lazimnya 1 kumpulan mempunyai 10~15 penari. Salah seorang bertindak sebagai ketua (dayang). Pada awal, gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal. Tarian ini biasanya ditunjukkan di majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana sewaktu menyambut orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan.
Menurut kepercayaan, ia dikuasai oleh kuasa ghaib. Lantaran itu, 1 upacara perlu dilakukan sebelum bermain. Jika gagal, sesuatu yang tidak diingini akan menimpa. Upacara ini bermula dengan istiadat memuja roh. Setelah itu, bomoh akan menjampi untuk membuka gelanggang yang biasanya berukuran 40inci dengan 60inci.Bomoh juga akan menyediakan sajian untuk penunggu. Sajian itu ialah kelapa, beras, pisang masak, kemenyan, kain putih, jarum, benang, ayam putih, padi, telur dan bunga rampai. Bilangan minima penari ialah sembilan orang dan maksimanya 15 orang. Penari-penari ini biasanya terdiri daripada kaum lelaki sahaja. Tarian dicipta oleh guru yang mengajar kumpulan itu sendiri. Tarian-tarian yang selalu dipersembahkan ialah tarian Sola, Selendang,Pak Tani, Pucuk Rebung, Perjuangan, Mempertahankan Diri dan sebagainya. Lenggang-lenggok di dalam tarian ini dinamakan Lenggang Kiprah.
Satu perkara yang menarik di dalam tarian ini ialah kerana seringnya terdapat beberapa orang penari akan naik syeikh (mabuk) setelah persembahan rasmi tamat. Mereka yang “naik syeikh” ini boleh melakukan gerak geri aneh yang pasti tidak dapat dilakukan dalam keadaan siuman. Umpamanya, melompat setinggi enam atau tujuh kaki, meniti diatas sebatang buluh atau kayu licin ataupun seutas tali, juga mengupas kelapa dengan gigi. Semasa penari-penari sedang “naik syeikh” , bunyi-bunyian pengiring penari akan terus dimainkan. Jikalau tidak mereka naik berang dan menerkam pemain-pemain bunyi-bunyian tersebut.
Apabila gerak langkah penari-penari itu semakin liar dan tidak dapat dikawal, bomoh akan membaca mentera ke ubun-ubun atau telinga mereka setelah mereka ditangkap dan direbahkan oleh pegawal-pegawal yang cekap.Setelah itu mereka akan pulih dalam keadaan letih lesu. Adalah dipercayai bahawa selain dari hiburan, tarian kuda kepang juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit ganjil seperti dirasuk hantu,diresapi roh orang mati dan sebagainya.
Dipercayai juga bahawa kuda kepang ini hendaklah diletakkan disuatu tempat khusus.Jika diletakkan di sembarangan tempat roh kuda kepang itu akan mengamuk dan merosakkan pertunjukan-pertunjukan yang akan datang. Alat bunyi-bunyian yang sering mengiringi tarian kuda kepang ialah angklong (alat utama), gendang, gong ( berbentuk bulat dan diperbuat dari gangsa), kinong (seperti gong tetapi lebih kecil), jidor ( seperti rebana besar), soron kecil (dibuat dari tembaga yang dititik supaya melengkung dan lekuk seperti ruas buluh) dan bonang (dibuat dari tembaga,ditengahnya bonjol bulat kira-kira lapan garis pusat). Bagaimanapun tidak semua alat ini digunakan dalam satu-satu tarian. Pemilihannya terletak kepada budi bicara kumpulan-kumpulan berkenaan .Bentuk pakaiannya pula terserah kepada kehendak kumpulan tetapi ia hendaklah seragam.
KEBUDAYAAN NEGERI JOHOR
Masakan tempatan Johor
Banyak makanan yang boleh dapati di Johor. Antaranya ialah ;-
Lontong
(ketupat yang dipotong 4 segi dicampur dengan sayuran bersama santan),
Otak-otak
(Isi ikan campur dengan santan kelapa dan digaul dengan lada, bawang, halia, udang kering dan bahannya yang dibungkus dengan daun pisang atau kelapa dan dibakar ataupun dikukus. ) dan sebagainya.
Laksa Johor ;
Makanan yang berasal dari Johor. Ianya berbeza dari laksa penang kerana menggunakan santan kelapa untuk kuahnya.
Mi bandung ~
Masakan yang berasal dari negeri Johor dan amat terkenal di Muar. Perkataan ‘bandung’ tidak berasal dari Bandung, Indonesia tetapi membawa maksud pelbagai bahan-bahan yang disatukan dari pelbagai rencah.
Sate ~
Makanan kegemaran yang buakan lagi menjadi kegemaran warga Johor malah Malaysia. Daging lembu atau ayam berempah (kini dengan pelbagai jenis daging seperti rusa dan kambing) yang di bakar ini, boleh diperolehi di dalam mana-mana sahaja sekitar Johor.
Tuesday, 21 April 2015
SEJARAH RINGKAS NEGERI JOHOR
Sejarah Johor bermula pada tahun 800 Masehi, sebagai salah satu penempatan perdagangan yang penting di Semenanjung emas (Tanah Melayu). Di awal tahun 1300 Johor menjadi negeri di bawah lindungan Empayar Majapahit (Indonesia). Di antara 1400 hingga 1511, Johor menjadi sebahagian dari jajahan Kerajaan Kesultanan Melaka. Pada 1511, apabila Melaka ditawan oleh Portugis, Sultan Mahmud Shah telah melarikan diri ke Muar, Pahang dan kemudian ke Bentan. Diantara tahun 1511 hingga 1526 Sultan Mahmud Shah mengumpulkan semula semua askarnya dan menyerang Melaka beberapa kali dan membuat sekatan perdagangan. Manakala angkatan perang Portugis yang diketuai oleh Pedro Mascarenhaas juga dihantar untuk menyerang Bentan. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri merentasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra dan mangkat di sana pada tahun 1528. Baginda digantikan oleh puteranya Raja Ali yang bergelar Sultan Alauddin Riayat Shah II sebagai Raja Tanah Ujung dan Bentan yang kemudiannya dikenali sebagai JOHOR. Pusat pentadbirannya di Pekan Tua. Kesultanan Johor ini juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-Riau-Lingga". Seorang lagi putera Sultan Mahmud yang bernama Raja Muzaffar kemuadiannya dirajakan di Perak dan bergelar Sultan Muzaffar Shah, Sultan Perak yang pertama. Pada tahun 1533 Johormenyerang Melaka tapi gagal dan pada tahun 1535 Portugis pula menyerang Pekan Tua. Sultan Johor membuka pusat pentadbiran baru di Sayong Pinang. Pada 1540, Johor meluaskan jajahannya ke Aru, Bengkalis, Kampar, Jambi, Siak dan Rokan di Sumatra. Pada 1551, Johor bergabung dengan Perak, Pahang dan Jawa menyerang Melaka tetapi masih gagal. Johor seterusnya menawan Acheh pada tahun 1554. Peperangan antara Johor dan Portugis di Melaka berterusan sehingga tahun 1564. Mulai 1608, Johor berkerjasama dengan Belanda yang berpengkalan di Bengkahulu (Bencoolen) bagi menyerang Melaka secara berterusan sehingga berjaya menewaskan Portugis pada tahun 1641. Pada tahun 1613, Acheh yang dipimpin oleh Raja Iskandar Muda Mahkota Alam pula menyerang Johor. Ibu kota Kerajaan Johor dipindahkan pula ke Batu Sawar. Pada 1623, Batu Sawar pula dimusnahkan oleh Acheh, lalu ibu kota Johor dipindahlan pula ke Riau. Pada tahun 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat (dibunuh oleh Laksamana Bentan semasa dijulang untuk ke masjid- digelar Sultan Mahmud Mangkat Dijulang). Oleh kerana baginda masih bujang dan tiada pewaris, maka Bendahara Tun Abdul Jalil telah dirajakan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah. Pusat pentadbiran berpindah ke Johor Lama. Pada tahun 1670, Jambi dengan bantuan Belanda pula menyerang Johor, Sultan melarikan diri ke Pahang. Pada 1673, tentera Johor yang diketuai Laksamana Tun Abdul Jamil telah mengalahkan tentera Jambi. 1718 - Raja Siak (Raja Kechil) menyerang dan menawan Johor) bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah. 1722 Raja Sulaiman (putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah) denganbantuan Bugis berjaya menewaskan Raja Kechil) dan menawan semula Kerajaan Johor. Pada tahun 1802 berlaku perpecahan di kalangan pembesar-pembesar Johor, Sultan di Lingga (dikuasai pengaruh Bugis), Temenggung di Singapura/Tanah Besar dan Bendahara di Pahang. Pada 6 Feb 1819 satu perjanjian (treaty)di antara Stamford Raffles dengan Tengku Abd Rahman. Empayar Kesultanan Johor dibahagikan kepada dua bahagian. Kerajaan Riau di sebelah selatan diperintah oleh Sultan Abdul Rahman manakala Kerajaan Johor di sebelah utara diperintah oleh Sultan Hussein (abang Sultan Abdul Rahman).
Sultan Abdul Rahman (Lingga)
Pada Jun 1823 Sultan Hussein ditabal menjadi Sultan Johor. Pada 2 Ogos 1824 satu lagi Perjanjian antara Inggeris/Sultan/Temenggung dieprsetujui. Singapura diserah kepada East India Company (EIC). Pada bulan Mac 1825 Temenggung Ibrahim menggantikan Temenggung Abd Rahman sebagai Temenggung Kerajaan Johor. Pada tahun 1855, satu perjanjian antara Inggeris, Sultan Hussein dan Temenggung telah dipersetujui di mana, Temenggung Ibrahim diberi kuasa memerintah Johor kecuali wilayah Kesang dibawah Sultan Ali (anak Sultan Hussein). Sultan Hussein diberi pencen seumur hidup. Temenggung Tun Ibrahim membuka pusat pentadbiran baru di Tanjung Putri (kemudian ditukar nama menjadi Johor Bahru). Muar juga kemudiannya diserahkan kepada Temenggung Ibrahim pada tahun 1877.
Temenggung Daeng Ibrahim
Pada tahun 1862, Temenggung Abu Bakar menggantikan ayahnya (Temenggung Ibrahim) bergelar Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor. Pada tahun 1885 Perjanjian Persahabatan Inggeris-Johor ditandatangani dengan Inggeris iktiraf Kerajaan Johor sebagai negeri merdeka (Negeri Melayu Tak Bersekutu). Maharaja Abu Bakar bergelar Sultan dan menerima Penasihat Inggeris. Namun Sultan Johor hanya secara rasmi mengiktiraf Penasihat Inggeris pada tahun 1914.
Maharaja Abu Bakar
Pada tahun 1895 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor diisytiharkan. Kekuatan dan kestabilan Johor atas sebab ketokohan Sultan Johor serta kebijaksanaan para pembesarnya seperti Dato’ Bentara (Setiausaha Kerajaan), Dato’ Seri Amar Diraja, Datuk Bentara Luar, Datuk Bentara Dalam dan Datuk Penggawa Barat yang tidak menerima nasihat Inggeris bulat-bulat. Oleh sebab itu, Kesultanan Johor lebih stabil dan Johor lebih maju berbanding dengan Negeri-negeri Melayu yang lain pada masa itu.
Sultan Ibrahim Al Masyhur
Pada tahun 1896, Sultan Ibrahim menjadi Sultan Johor dan pada 1914 Sultan Ibrahim terpaksa menerima seorang Residen Inggeris, Douglas Graham Campbell. Johor merupakan Negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang terakhir menerima Residen Inggeris. Perang Dunia Kedua meletus pada tahun 1939. Tentera British yang bertanggungjawab dalam aspek pertahanan Johor telah dikalahkan dengan mudah oleh tentera Jepun. Diantara Feb 1941 hingga 20 Ogos 1943 Jepun menduduki Johor. Setelah Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, Johor seperti juga negeri-negeri lain ditadbir oleh British Military Administration. Pada 1946 Pesuruhjaya Tinggi British, Henry Gurney telah melancarkan gagasan Malayan Union namun ditentang hebat oleh Nasionalisma Melayu yang diketuai oleh Dato' Onn Jaafar dari UMNO menyebabkan Malayan Union dibatalkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948. Pada 31 Ogos 1957 Johor menyertai 11 buah negeri-negeri dalam Semenanjung Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sebagai sebuah negara Persekutuan Tanah Melayu. Seterusnya pada 16 Sep 1963 Johor adalah salah satu daripada 14 buah negeri yang menyertai pembentukan Malaysia.
Lagu Bangsa Johor adalah lagu kebesaran negeri Johor Darul Takzim. Lagu ini digubah oleh konduktor muzik Armenia, Mackertich Galistan (juga digelar MG Abdullah) dan liriknya dikarang oleh Kapten Hj. Mohamed Said bin Hj. Sulaiman (1876-1955).
Dipadankan pada tahun 1897 daripada "Dondang Sayang"
Allah peliharakan Sultan, Anugerahkan dia, segala kehormatan, sihat dan ria, kekal dan makmur, luaskan kuasa, naungkan kami, rakyat dipimpini, berzaman lagi, dengan merdeka bersatu hati, Allah berkati Johor, Allah selamatkan Sultan. :)
Sunday, 19 April 2015
Bendera Johor
Nama rasminya iaitu "Darul Ta'zim" berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud "tempat perlindungan yang bermaruah". Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadan dengan negeri Negeri Sembilan, Melaka dan PAhang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian baat. Johor merupakan negeri ke-5 terbesar dalam negara Malaysia dan negeri ke-3 terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain itu, negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeri Selangor dan negeri ke-7 terpadat di dalam negara.Ibu Negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di Selatan negeri ini.Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Batu Pahat, Muar dan juga Kluang.
Bandar-bandar utama di Johor termasuklah:
Johor Bahru (ibu negeri) - bandaraya kedua terbesar di Malaysia; dan terbesar di Johor Batu Pahat - bandar kedua terbesar di Johor (menunggu kelulusan kerajaan persekutuan untuk dinaik taraf menjadi bandaraya) Kluang - bandar ketiga terbesar di Johor Muar Kulai Pasir Gudang Skudai Nusajaya Kota Tinggi Pontian Segamat Tangkak Yong Peng Mersing Simpang Renggam
Daerah Johor
Saturday, 18 April 2015
ASSALAMUALAIKUM WARGA BUMI (^,^)
NAMA DIBERI FAEZ FARIZUAN BIN ABDUL AZIZ
NUMBER MATRIK 233427
NO TELEFON 0177585282
EMAIL FAEZGOLEK95@GMAIL.COM
Bismillah,
Selamat datang ke blog saya,
Blog saya ini berkaitan dengan Johor dimana tempat saya dilahirkan,
InsyaAllah saya akan menceritakan serba sedikt tentang asal usul,adat,budaya,tempat2 menarik yang ada di negeri Johor.